Wednesday 23 February 2011

TOK SIAK MASJID AL BUKHARI

TAJUK:
Tokoh Tok Siak Masjid Al-Bukhari
DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz Harjin
Pensyarah CTU551
DISEDIAKAN OLEH:
Nur Amalina Binti Mazlan
No Matrik:2010483144
Kumpulan:BMB2Ac
PROGRAM:
Ijazah Sarjana (kepujian)
Muda Pengurusan Sumber Manusia
(BM223)
TARIKH SERAH:

TARIKH BENTANG:



ISI KANDUNGAN

Tajuk:
Tokoh Tok Siak Masjid Al-Bukhari
1.   Isi kandungan
2.   Abstrak
3.   Pendahuluan
4.   Konsep
5.   Huraian
6.   Penutup
7.   Rujukan

ABSTRAK
     Setiap masjid pasti mempunyai imam dan bilal sebagai orang yang mempunyai peranan yang amat penting dalam memastikan perjalanan masjid berada dalam keadaan tenang dan lancar.Tok Siak juga tidak terlepas daripada mempunyai peranan dalam sesuatu masjid.Tok Siak juga mempunyai peranan yang sama seperti imam dan bilal.Hal ini demikian kerana,Tok Bilal boleh menggantikan tempat imam dan bilal sekiranya terdapat kesulitan atau masalah yang dihadapi oleh mereka berdua.Selalunya tok bilal akan pergi ke masjid awal untuk menyiapkan tempat buat para jemaah. Kesimpulannya jelaslah bahawa tok siak juga mempunyai peranan yang sama banyak dengan tugasan yang dipikul oleh imam dan bilal.



PENDAHULUAN

Alhamdulillahhirabbialalamin wassalatuwassalamuala Ashrafilanbia iwalmursalin waalaalihiwasahbihiajmain… Allahumasalli ala saidina Muhammad waala a’li muhammad…
Setiap orang yang mempunyai niat untuk mendekatkan diri kepada ALLAH s.w.t atau ingin berbakti kepada masjid bolehlah memohon untuk menjadi tok siak atau sebagainya.Hal ini demikian kerana,tugasan sebegini jarang melibatkan orang muda pada masa ini.Selalunya tugasan sebegini atau Tok Siak lebih banyak dilibatkan oleh golongan veteran atau kaum lelaki yang berumur diantara 45 keatas.Sepatutnya hal sebegini tidak sepatutnya berlaku pada Negara islam yang telah mencapai keamanan.Setiap keluarga sepatutnya melatih anak lelaki mereka atau si bapa memegang jawatan dalam masjid.Hal ini akan menjadi ikutan kepada keluarga islam yang lain.Pihak yang berwajib juga perlulah menyediakan kemudahan masjid di setiap kawasan perumahan untuk memudahkan orang ramai melaksanakan kewajipan terhadap masjid tersebut.Harapan saya,semoga peranan tok siak di setiap masjid tidak akan dipinggirkan begitu sahaja dan diberi sedikit insentif untuk mereka yang telah menaikkan nama masjid atau memberi sumbangan yang banyak.Kesimpulannya,jelaslah bahawa peranan tok siak tidak boleh dimatikan begitu sahaja tanpa ada pelapis daripada generasi yang lain.Oleh itu,esei ini ditulis untuk mengupas tentang kepentingan Tok Siak dalam organisasi sesebuah masjid dan ingin mendidik golongan muda untuk menjadi pelapis apabila tok siak yang lama sudah bersara atau tidak lagi mampu untuk berkhidmat.


TOK SIAK MASJID AL-BUKHARI


LATAR BELAKANG TOK SIAK
Namanya Yahya bin Mohd Nor atau lebih dikenali sebagai Pak Ya dalam kalangan ahli masjid dan kawasan kediamannya.Beliau berumur 66 tahun pada tahun ini.Bertarikh lahir 3.2.1945 dan lahir di Pulau Pinang.Pak Ya ialah anak tunggal dalam keluarganya.Pak Ya telah menamatkan zaman bujangnya dengan Puan Halimaton yang berasal dari Kedah.Setelah berkahwin,Pak Ya telah mendapat anak sebanyak 8 orang,namun,beliau telah kehilangan 3 orang anaknya kerana ketiga-tiga anaknya mengalami masalah kesihatan sejak kecil.Beliau memulakan pendidikan di mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Derga,Alor Setar sehingga mendapat LCE semasa di tingkatan 3.Selepas menamatkan pengajian pada tahap LCE,Pak Ya memulakan tugasan sebagai pekerja di Syarikat Percetakan Buku di Alor Setar.Beliau bekerja di syarikat tersebut selama 30 tahun sebelum memulakan tugasan sebagai Tok Siak di Masjid Alor Malai dan seterusnya diikuti di masjid Al-Bukhari.Peribadi Pak Ya ialah seorang yang ceria,penyayang,dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja.Pak Ya mudah memberi kerjasama sekiranya diminta untuk berbuat demikian.Melalui temuramah yang saya jalankan,saya mampu untuk mengenal lebih rapat lagi sahsiah sebenar pak ya.

PERANAN TOK SIAK
Sebagai Tok Siak,Pak Ya mempunyai pelbagai peranan dalam jawatannya sebagai tok siak di masjid.Antaranya adalah menjaga masjid dari segi kebersihannya,membentangkan sejadah kepada para muslimin dan muslimat yang akan memenuhi ruang masjid untuk solat berjemaah,membuka lampu masjid,menjaga kawalan speaker di masjid,tok siak juga boleh menjadi bilal sekiranya bilal tidak dapat hadir atau mempunyai sebarang masalah pada ketika itu,begitu lah juga sekiranya imam tidak ada maka tok siak boleh menggantikan tempatnya,dan akhirnya menjadi penggali liang kubur ketika berlaku kematian.Selalunya tok siak akan bertambah sibuk apabila tibanya hari raya aidilfitri ataupun hari raya aidiladha.Hal ini demikian kerana,apabila tibanya hari raya,kawalan speaker perlulah berada dalam keadaan yang baik untuk memudahkan urusan atau perjalanan solat hari raya.Selain itu,tok siak yang terlibat dengan aktiviti penyembelihan akan menjalankan tanggungjawabnya selepas tamat solat hari raya.


PEMILIHAN MENJADI TOK SIAK
Syarat untuk menjadi tok siak pada masa dulu ialah bakal tok siak perlulah mempunyai lulusan LCE iaitu lepasan tingkatan 3.Namun syarat untuk menjadi tok siak telah berubah pada masa kini.Bakal Tok siak perlulah mempunyai kelayakan 5 Senawi sebelum boleh menjadi tok siak.Hal ini jelas menunjukkan bakal tok siak masa ini perlulah mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan tidak boleh memandang enteng kelayakan seseorang tok siak.

TEMPOH BERKHIDMAT
Pak Ya telah berkhidmat sebagai tok siak sejak tahun 1974 sehingga tahun 2011.Tempoh perkhidmatannya adalah selama 37 tahun.Beliau memulakan kerjaya sebagai Tok Siak di Masjid Lama Alor Malai dan telah bertukar ke Masjid Al- Bukhari sehingga sekarang.

MASALAH YANG DIHADAPI
Sebagai tok siak sudah pastilah terdapat pelbagai cabaran yang di hadapi oleh beliau.Antaranya ialah masyarakat di luar sana yang mempunyai perasaan hasad dengki terhadap beliau.Terdapat segelintir jemaah yang tidak menyenangi cara pentadbiran yang dilakukan oleh pak ya sebagai tok siak.Sedangkan Pak Ya menjalankan tugasnya mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak masjid.Sesetengah masyarakat kini suka membeli pemikiran dengan menggunakan kaedah politik.Mereka akan mudah memberi kerjasama sekiranya aliran politik yang dimiliki oleh Tok Siak adalah sama dengan mereka.Hal sebegini boleh menjadi punca perpecahan hubungan sesama ahli masjid.Keadaan ini dapat dilihat dalam organisasi masjid pada masa ini.Terlalu banyak kerapuhan institusi yang berlaku.Akhirnya sesebuah masjid akan ditinggalkan sepi tanpa penghuni yang akan memberi cahaya atau menjaga kawasan masjid tersebut.

CADANGAN
Setelah mengkaji keseluruhan esei ini,saya ingin memberi sedikit komen untuk membantu meningkatkan produktiviti yang akan dijalankan oleh setiap tok siak.Saya mencadangkan supaya segala perjalanan atau pengurusan pentadbiran yang akan di jalankan oleh tok siak diseragamkan di semua masjid agar tidak akan ada sebarang percanggahan pendapat oleh jemaah atau penduduk di sekitar kawasan masjid tersebut.Selain itu,undian perlulah dilakukan untuk mencari bakal pengganti tok siak.Kerjasama daripada semua penduduk dan qariah masjid amatlah diharapkan.

KOMEN
Berdasarkan penilaian saya,ingin saya memberi sedikit komen mengenai peranan tok siak yang saya kaji.Beliau mempunyai pelbagai cabaran dan halangan dalam melaksanakan tugasan beliau sebagai seorang tok siak.Namun beliau tidak pernah berputus asa dalam meneruskan perjuangan yang telah diamanahkan.Pak Ya mendapat sokongan padu daripada keluarga,sahabat-handai dan lain-lain lagi.Saya amat menghormati pendirian yang dimiliki oleh Pak Ya dan akan saya aplikasikan prinsip itu dalam kehidupan saya sebagai seorang mahasiswi.

PENUTUP
Sebagai kesimpulannya,ingin saya simpulkan harapan tok siak atau Pak Ya iaitu beliau ingin masyarakat diluar sana agar mempunyai pemikiran yang terbuka dan tidak terlalu negatif terhadap peranan yang dimainkan oleh tok siak.Selain itu beliau juga berharap agar terdapat penglibatan daripada golongan muda untuk menjadi pelapis beliau.Pak Ya juga melahirkan perasaanya bahawa beliau sangat berbesar hati menjadi seorang tok siak selama ini.Hal ini demikian kerana,harapan yang diberikan oleh AJK masjid akan dipikul dengan sebaik yang mungkin.

RUJUKAN
1.    Tok Siak masjid Al-Bukhari
3.    Contoh teknik menulis esei ctu551